Beria Terkini - Pihak polis menerima laporan daripada tiga jurukamera yang dikasari peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka semalam.
Rent a Virtual Office - Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, berkata mereka membuat laporan petang semalam yang mendakwa perbuatan itu dilakukan Solidariti Anak Muda Malaysia.
"Insiden disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat," katanya ketika dihubungi.
Dalam kejadian ketika perhimpunan mula bersurai sekitar 4.30 petang itu, dua daripada petugas media berkenaan didakwa ditumbuk dan disepak sementara seorang lagi terkena balingan kayu.
Jurukamera Xinhua News Agency, Mohd Zul Iskanda Mohd Hanafiah ditendang dan terkena balingan kayu sementara jurufoto Focus Malaysia, Sharil Amin Abdul Rahim ditumbuk dan disepak.
Jurufoto Malaysian Reserved Hafzi Mohamad juga terkena balingan kayu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar